02 May 2012

Gambar lucah punca ‘rezeki’ Utusan

KUALA LUMPUR 2 Mei: Gambar lucah pada muka depan Utusan Malaysia hari ini membuktikan akhbar milik Umno itu menjadikan aksi seks sebagai punca ‘rezeki’ mereka, kata bekas Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ), Hatta Wahari.

Tindakan itu katanya, memperlihatkan organisasi itu lebih berminat menyiarkan isu sebegitu berbanding berita yang memberi manfaat kepada pembaca.

“Penyiaran gambar ini membuktikan Utusan bukan lagi akhbar kebangsaan sebaliknya tabloid yang hanya mementingkan cerita seks daripada agenda utama membangunkan negara dan bangsa.

“Mereka tidak mementingkan etika kewartawanan tetapi apa yang penting mengikut kata tuan-tuan mereka.


“Akhbar yang tidak mempunyai etika seharusnya diboikot oleh masyarakat,” katanya kepada Keadilan Daily.

Bekas wartawan kanan Utusan itu berkata, beliau tidak hairan jika Utusan sanggup memaparkan gambar lucah kerana itu sahaja talian hayat mereka ada.

“Telah menjadi agenda utama Utusan untuk berbohong dan menipu terutama kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan) kerana isu ini sahaja yang mereka dapat mainkan memandangkan isu-isu lain seperti rasuah, pecah amanah tidak dapat dimainkan kerana pemimpin Pakatan tidak pernah melakukannya.

“Penyiaran gambar tidak bermoral dan disedut dari blog ini merupakan polisi yang telah lama diguna Utusan kerana ini sahaja sumber yang dapat mereka lakukan bagi memfitnah pemimpin Pakatan,” kata Hatta.

Tambah beliau, paparan gambar tersebut sekali lagi membuktikan pemimpin BN tidak setanding pemimpin Pakatan kerana sanggup menjaja cerita seks.

“Pemimpin BN juga tidak mampu melawan keupayaan pemimpin Pakatan mentadbir, sebaliknya mereka menggunakan isu-isu tidak relevan untuk memfitnah pemimpin Pakatan,” ujarnya.

Utusan Malaysia dan akhbar tabloidnya, Kosmo hari ini memaparkan gambar lucah seorang lelaki bersama wanita yang didakwa Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.

http://www.keadilandaily.com/gambar-lucah-punca-rezeki-utusan-hatta/


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial Facebook ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Blog Archive

Post Terdahulu

Popular Posts

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist Pencacai 1

Bloglist Pencacai 2

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist 5 (TERKINI)


  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas